BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

knowra_nora

knowra_nora
;;know me first before u judge me;;

Friday, December 31, 2010

the END of 2010!! (",)..

sedar x sedar hari ni adalah penghujung tahun bg tahun 2010,,esok da masuk tahun baru,,
tahun 2010,,banyak kenangan manis,,pahit,,masam,,tawar,,hangat,,tp overall xla hangat sangat,,
suamsuam je laa,,byk kisah suka-duka tahun ni,,perihal kt jengka,pahang dan jugak la tempat baru shah alam,,dan xlupa juga kat kuala berang,,terengganu..nk cita yg mana 1 nih???

jEnGkA,,pAHANG...

bulan 4,,hari 2 adalah hari last bg aku belajar kt uitm,,jengka,pahang..perit jugak la nk menghabiskan diploma kat sana,,tahun pertama 2 ok lg,,bila msuk tahun ke-2 mcm berlaku..byk perkara yg telah mematangkan aku dr segi pergaulan dan kawan2 aku,,xsemua kwn yg kita kwn 2 btol2 ikhlas nk kwn ngn kita,,

tahun ni tahun terakhir,,rasa sedih sgt nk berpisah ngn kwn2,,yela dah lama kenal,,3 tahun kowt..walaupun ada yg rapat,,xbpe nk rapat 2,,hehe tp kenangan kt pahang xkan d lupakan,,especially kenangn pahit yg org da buat kt aku,,yg manis 2 akan tetap di hati,,kalau de msa aku nk pg lg kat jengka tu,,yela kat ctu la tempat aku first belaja jauh,,will  miss Jengka..

jengka pic

 gurl2..

  woodtech 23rd generation


camping @ lembah kiol


 me n frenz


TTITC,,kuala Berang..TERENGGANU,,

ttitc atau nama pjgnya "terengganu timber trade industry board " al-kisahnya,,lepas habis belaja kami2 ni kena la menjalani practikal training..aku knowra,,suehad,,ayuluv,, bersepakat memilih ttitc,,pada mulanya kami nak mintak kat kelate,,tempat kelahiran aku,,tapi byk la plak masalahnya,,mcm2 orang yg nk kena tepon,,bila kami call pihak ttitc ni,,kami di terima,,alhamdulillah..so,,pd 16 mei 2010 kami perlu mendaftarkan la diri kat ttitc kuala berang,,terengganu

wahhh,,pada hari pertama kami dah di kerah utk bekerja,,ingatkan hari pertama ni kami leh relax2 dlu dgr penerangan je..alih2 dah kena buli,,hari pertama dah kena sapu sampah..xpela nasib baik 7 minggu je,,dekat2 ngn 2 bulan la kami kat sana,,mula2 rasa xbest langsung..tp bila dah lama2 2 rse best sgt2,,sbb leh kenal ngn kawan2 baru kat sana..kat sana kami sempat pergi ke sekayu,,air terjun ..best sangat..masa nak berpisah ngn kawan2 kat sana rasa sedih sgt,,yela baru je kenal dah nak berpisah..pada 1 julai 2010 maka tamat lah khidmat kami kat sana,,warga TTITC,,terima kasih kerana menerima kami sbg sbhagian drpd anda!!!

 logo ttitc


..aku kat depan pintu grbang ttitc..



  ..geng dr uitm yg praktikal kt ttitc..



me knowra




korang2..terbaik!!!

shah Alam,,sELANGOR~`''~

kat shah alam ni aku baru je,,dpt smbung stdy kat uitm shah alam,,hmm,,suka2 dok kat sini tp xbpe best sbb life xmcm dlu,,kawan2 pown bkn nak ada sgt,,tp heppy la bleh g jalan2 kat sini.leh jumpa artis..artis pertama aku jumpa ki,,pastu adam dan yang paling best sekali jumpa artis international Jay Sean,,mmg best laa...rse cam mimpi je,,hikhik..

l2hb 1 2011 ni aku pegi la kt shah alam 2,,rasa malas sgt nk pegi xtaw la nape,,pape pown knowra hidup mesti diteruskan,,gagal sekali bukan bermakna gagal utk selama-lamanya taw...utk sem depan belajar bersungguh-sungguh yea,,dont hampakan harapan parent anda okey???
 rasanya,,kisah kat shah alam thun 2010 ni xde sgt nk cite,,thun 2011 ada lagi aku kat shah alam,,insyaAllah..




jay sean ><

performance jay sean live @stadium malawati shah alam  


with adam






 


p/s: 2010 di tinggalkan,,selamat datang 2011..:)))))

Wednesday, December 29, 2010

GENAP 1 BULAN!!!

hari nie 29/12/2010 genap sebulan..genap sebulan ape??hahaha..hmmm,,sebulan yang lalu aku pon xsangka boleh jumpa balik dia..dah lama sangat aku tak jumpa,,rasanya dah dekat 2 tahun lebih kot aku yak jumpa..bukan setakat jumpa berhubung pun x..aku kembali berhubung ngn dia pown bermula dgn FB,,lpas raya 2 tbe2 aku tgk dia add aku kt FB,,terkejut gak aku,,aku terpikir ingat lg yea dia kat aku,,masa 2 aku dah xingat langsung pown pasal dia..tapi tiba2 dia muncul balik,,terasa pelik pown ada gak,,sblum dia add aku 2,,masa aku tgh tggu bus nk balik kg utk rya,,dye de msg aku setelah sekian lama,,tp aku was2 la adakah dia,,tp no 2 aku masih ingat lg la walaupun samar2..tapi kami xla semesra dulu,,dia sekarang lain sangat,,lebih2 lagi dgn aku,,klu dgn org lain aku tengok ok je,,,ntah maybe dia berdendam lagi kot dgn aku,,dgn apa yg aku lakukan kat dia,,tapi aku rsa aku xlakukan apa2 kesalahan dia yang salah sangka..xpela nak buat macam mana dah jodoh xde kan,,redha je laa,,pape pown aku heppy sangat dpt jumpa dia,,harap2 lpas ni dpt jumpa lg,,2 pown klu de peluang & masa terluang laa kan..buat dia..i still remeber u ok..walaupun awak xingat saya..it ok..i;'ll fine :)

p/s: take care,,hope we can be frenz..

Thursday, December 23, 2010

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Wednesday, December 22, 2010

DEMAM :(

Assalamulaikum wbt,,,

hari ni rasa badan aku rasa xsihat,,sejak dari malam tadi lg,,
namun ku gagahkan diri ni,,pening + sejuk yang teramat sangat,,selsema nak bernafas pown susah terpaksa bernafas ngn mulut nak menyedut O2.. dugaan drpd Allah swt,,sebab semalam aku terkena hujan..aku xnak demam-demam ni tapi nak buat macam mana setiap yang hidup ni pasti de rasa sakit,,xkan sihat je sokmo..bila dah sakit2 macam nie,,mood nak makan pown da hilang,,terasa nak makan tp xbleh nak makan,,perot xbleh nak terima..kepala pulak dari tadi berdenyut-denyut,,rsa macam nak pecah kepala ni..fikiran pown serabot,,jiwa xtenang..

aku harap demam aku ni xtrok la sampai xboleh bangun,,wat masa sekarang aku still lagi boleh bangun dan on9,,kalau duduk ni xla rasa mcm nk pitam,,tapi kalau da start langkah pertama nak berjalan mesti rasa badan ni terhuyung-hayang xstabil,,Ya Allah,,sembuhkanlah aku secepat mungkin,,amin:)

Tuesday, December 21, 2010

sakitnya hati


 
wahhh,,sakit btol aty aku ni,,mula2 ok je,,
begini al-kisahnya tadi aku tgh syok2 layan cite senario the beach boy episod 2 kat laptop aku,,tbe2 de la org kol aku,,nama dia bermula dgn huruf S dia ni cakap minat kat aku,,jatuh cinta la macam2 laa,,tapi aku xknal pown dye sapa,,hmmm xpe la aku cakap la leklok ngn dia pastu talian terputus,,then dye pown msg aku say sory la coz xdpt nak cakap lama2,,mula2 ok ag msg & ada 1 msg aku 2 aku ada la ckp something kat dia,,dye btol2 trasa aku saja je ckp macam 2,,emo sgt mamat 2,,then,,boleh plak dia cakap kat aku menyesal call n msg aku,,menyesal suka kat aku & berharap aku xkn dapat lelaki yg baik..wahh,,sampai aty dia ckp aku camtu,,ckp aku ni hipokrit la.aku xksah pown dia nak cakap camtu tp jgn la sampai mendoakan perkara yg x baik kat aku..sakit sgt aty ni,,tbe2 nak jd camtu kalau aku taw aku xangkat phone dia 2,,

sampai ati awak!!!!

p/s: jgn nk doakan benda x baik kt orang :)

Monday, December 20, 2010

HANGING OUT

haaa,,,mood aku pagi ni mmg ok.hari ni aku dah janji dengan wawa,,finie nak keluar pergi kb hari ni..finie mesti la dia ajak salihin aka pok leh sekali...huhu aku sampai kb dalam pkul 1pm,,wawa dah tggu aku kat stesen bus kt kb 2,,,finie??????????blom muncul2 lg..ntah la dye 2 janji nak datang pukul 2..sambil2 nak tggu finie 2 aku ngn wawa pegi la makan mcD dlu mc chicken,,,hehe pas mkn mcD kami pegi pasar ct khadijah puas kami round pasar 2..penat kaki tp finie xmuncul2 lagi...last2 aku pon bawak la wawa pegi muzium.puas la kami bergambar kat dlm istana 2.kami berdua je laa,,aku amik gmbar wawa,,wawa amek gambar aku...huhu


tgh syok2 bergambar 2 aku dapat call dr finie,,tanye aku dok kt mane,,aku pown gtaw laa,,,nak taw x finie sampai kul bpe pkul 4ptg,,time 2 org tgh azan asar da,,dari sblum zohor aku tgu dye asar bru nak sampai..aku taw kenapa ni semua sebab salihin la ni.hehee kalau berjanji bkn nk punctual mamat 2...

so,, kami pown naik la kete myvi salihin 2,,dia bawak kami pergi PCB,,kejap je pgi sana,,lepas pekena air kelapa kami balik laa,,sebab aku nak kejar bus kot lwat plak sampai umah..hehe dlm pkul 5.30pm aku sampai kt stesen bus,,mmg nasib aku baik sbb aku xpyh tggu bus sbb bus tbe2 sampai sebaik shj aku sampai kat stesen bus 2.waaaaaaa,,,sukanya,,,,tp huhhhhhh org punya la ramai berator nk nek bus 2...alih aku dpt la jgk naik tp malang kena dok berdiri,,,dtg td pown kna berdiri gakk..apa la nasib badan dah la aku ni ada masalah lutut,,xpe aku gagahkan diri,,,


klu d ikotkan dalam 20 min da sampai da umah tp jem punya pasal lama giler dok lam bus 2..lega rse nya bila dapat duduk,,rse nk termuntah n pening dah aku ni,,aku ni de penyakit ckit ble naik bus kalau makan mesti makanan 2 nak keluar balik,,mcm xleh nk dok diam dlm perot 2,,sebab 2 aku xmkn ble dalam bus,,kalau kwn2 bg mknn pown aku jual mahal laa padahal dlm aty,,dapnye klu dpt mkn tp aku rela xmkn dr muntah,,mmg naya laa klu muntah,,,hehe


then,,aku pown tgk la jam kn,,tgk2 da nak pkul 6.30pm,,dlm aty kecilku berkata,,alamak terlepas la aku nk tgk 1000x cinta lakonan kamal adli buah aty aku,,kuikui perasan jap...then aku post la kt wall fb aku tbe2 dpt comment dr suehad yang episod kali ni nizam lakonan kamal adli da kawen dgn mia lakonan intan ladyana,,,sdeh n pilu rse xdpt tgk,,lam kul 7.15pm aku sampai kt umah,,sempat lg nih tgk cite 2,,jap je la dpt tgk lam 10min je,,tp puas aty la jgk sbb dpt tgk muka kamal adli,,hehe

2 jela kowt,,sekian terima kasih

BARU SAYA PERASAN SESUATU TENTANG AWAK!!!!

dah lama sebenarnya saya perasan tentang diri awak,,
bila nak sesuatu je cari saya
bila nak pertolongan baru nak cari
saya bukan apa,,saya sebagai kawan memang nak tolong
tapi ada benda yang kita boleh tolong ada yang tak boleh,,
tapi awak lain sangat,,

bila saya tolong awak,,awak susah sangat nak ucap "terima kasih"
saya x kisah tolong awak,,
tapi awak bila dah tolong seakan-akan lupa tentang kewujudan saya,,
kalau di ikutkan hati & perasaan memang betul2 terasa,,
tak pe laa,,lepas ni saya xakan contact awak lagi,,
saya berjanji pada diri saya sendiri..

saya tengok awak dah betol2 berubah x mcam dulu lagi
kalau dulu awak caring sangat kini hampeh!!!!!!!
sekali saya tegaskan memang saya x kisah nk tolong awak..
tapi saya tetap akan ingat awak sampai bila2.. :)

Sunday, December 19, 2010

Aku & Dia

 memang betol kata orang yang cinta pertama tu susah nak lupa

dia adalah cinta pertama aku,,
dia adalah kekasih pertama aku,,
dia orang pertama yang mengetuk pintu hatiku,,
dia orang pertama yang aku sayang sebagai kekasih,,
dia lah yang pertama buat aku...

dulu dia membahasakan diri dia "abang"
dulu dia panggil aku "sayang"
sekarang dia panggil aku "awak @ dia"
sekarang xmacam dulu,,
sekarang dia xmacam dulu,,

aku hanya nak kau tahu,,
aku masih sayang kamu,,
aku masih rindukanmu,,
aku masih menunggumu,, 

saya minta maaf kerana pernah buat awak menangis,,
saya bukan curang dengan awak,,
mungkin takdir kita hanya bersama hanya sekejap,,
tapi saya nak awak tahu yang saya bahagia bersama awak dulu..

saya juga nak minta maaf kat awak,,
sebab hadiah yang awak bagi kat saya hilang dgn xsengaja,,
saya sedih kerana satu2nya benda yang awak  bg kat saya telah hilang,,
saya dah cari merata-rata tapi malang xjumpa,,
sory sangat2..

mungkin awak baca ini,,
mungkin jgk awak xbaca,,
tapi saya harap awak xbaca la yea,,
awk Mr.H
saya harap awak bahagia dengan orang yang tersayang,,
sesungguhnya saya redha...

BFF




 pasti mesti setiap orang ada kawan kan???hmmm,,aku pun ada jgk,,kawan biasa,,kawan baik,,kawan sekerja,,kawan sekelas,,kawan sekolah,,kawan speacial,,kawan yg mesra dan dll laa..

aku ada ramai kawan tapi nak cari kawan yang betol2 memahami diri ni susah laa..orang selalu cakap aku ni sombong..dari zaman sekolah lagi,,maybe sebab aku ni jarang senyum kowt..entah la bukan xnk senyum da habit aku camtu..kalau org dah lama kenal aku taw la aku ni macam mana..



ni aku nak cite pasal kawan aku,,a
di mulakan dgn Adira Abdullah aku panggil dia dira..
dia ni aku kenal masa aku darjah 3..sebab dia pindah sekolah n dia dok la 1 kg dgn aku..umah aku ngan dia dekat je..dari darjah 3 hingga la form 5 aku selalu ngn dia,,pegi mengaji Al-Quran & pegi sekolah naik basikal sama..macam2 perkara aku lalui dgn dia..


 ni la dia dira 


then,,aku nak cite pasal marina yusoff pulak..dia ni putih orangnya..seorang ulat buku..aku boleh jadi rapat dgn dia pown sbb masa form1 dulu aku n dia n aku je pengawas pss yg lepas temuduga dlm ramai2..so,,mulai dari citu la aku rapat ngan dia tapi tiba2 masa form4 lepas pmr dia dpt twaran utk ke sek baroh pial kt rantau panjang,,sekolah berasrama,,aku taw dia dah lama menyimpan hasrat untuk belajar kat sekolah berasrama..tp aku xsuka sekolah berasrama,,so kami berpisah setakat di situ,,tp skrg kami still lagi contact..




nie pulak marina yusoff



next,,hmmm..kawan masa kt u plak ehh..nak cite pasal shafinie plak,,aku pggil dia finie.. dia ni kecoh ckit..huhu..suka cakap banyak..dia rumate pertama aku masa aku kt u,,selain dr sakinah n kak yana,,tp ngn dia la aku paling rapat sx sbb 1 negeri..balik kg pown sama2 walaupun kami xsama kos..tapi lepas diploma kami berpisah sbb dia dpt smbung degree kat melaka,,so xleh la nk bergossip & bergelak ketawa..tp dia selalu dtg umah aku,,aku je yg sekali je pegi umah dia..hehe



haa,,yg tudung itam 2 la finie..sblh dia 2 aku laa.. 




lagi2 sapa????hajar sofia..!@nama manja aku pggil dia opie..dia ni selalu cakap dia comel,,tp memang dia comel pown 2 xdpt di nafikan..dia ni tua setahun dr aku tp kecik je dia ni,,comel je..opie ni senior aku masa diploma tp mse sambund degree jadi 1 batch la plak..aku suka kawan ngn dia sebab dia kelakar,,comel,,sifat dia 2 lain dari org la..sekarang study sama2 la..nk kenal orgnye??meh nk kenalkan..
 
 opie


okey,,next lg..ayu..haaa ayu ni aku da anggap dia macam kakak aku sendiri dah..umo dia pown 1 tahun lg tua dr aku so layak la jadi kakak kn????ayu aku kenal masa mula aku belajar  kt uitm jengka,pahang..sejak dari part1 hinggalah part6 kami akan selalu bersama xpernah berpisah..dan ayu menjadi rumate aku sejak part2 hingga part6..byk memori aku n ayu..pahit manis..aku sayang sgt2 dia,,kalau aku de masalah aku selalu gtaw..praktikal kt terengganu pon sama2..ayu pandai masak,,ayu masak sedap..hehe aku pown pandai jgk,,huhu..ayu ni macam mane ehh???mula2 aku kenal ayu ni cam gangster2 ckit nama je ayu,,huhu tp bkn la gangster cam samseng..sekarnag ayu dah berubah laa jadi ayu seperti namanya,,dah pandai paki baju2 ladies..hehe sweet & cun sgt..da laa cite pasal ayu joomm tgk orgnya....


 ayu 


 ni last..suehad..dia ni pown kawan baik aku jgk sekarang ni..tapi pada asalnya aku n suehad ni xrapat sgt pown walaupun 1 kelas n 1 kos masa sama2 study kat uitm jengka dulu..aku selalu ngn ayu je,,,suehad plak selalu ngn geng2 dia afie,,teha n dll laa..hihi..rasanya masa ujung2 part2 la aku mula rapt ngan suehad..dan lagi mengeratkan lagi hubungan kami ialah bila part3 kami jadi rumate sekali dgn ayu la..suehad ni anak manja ckit actually banyak kowt..hehe jgn marah suehad..dia ni kira cam adik aku laa yela dlm kami bertiga (ayu,,knowra & suehad) dia la paling muda..sekarang suehad sama2 ngn aku kat shah alam & still lagi ruamte aku sampai sekarang walaupun ada kdg2 ada perselisihan faham..

sue-had 


~ aku (knowra)- suehad-ayu~

moga persahabatan kita akan kekal abadi..amin



2 week MORE!!!


pejam celik,,pejam celik...rase sekejap je..
lebih kurang 2 minggu lagi kehidupan aku sebagai student akan kembali seperti biasa...
kalau ikut hati ni nak dok umah jee,,ntah laa macam xde mood je nak belajar,,
kenapa la dengan kau ni knowra???dont be like that ok,,,be strong..

hmmmm,,sem depan aku nak belajar bersungguh2,,jgn main2,,tumpukan kepada pelajaran,,OK????!!!
hari ni tiba2 rasa kosong je jiwa ni,,ntah laa,,selama ni ok je xde plak rasa macam ni,,pelik btol,,
yela kan,,setiap manusia dilahirkan dengan perasaan,,so normal la 2.
sebenarnya xde ape yg nk aku ceritakan saje je tangan ni gatal nak menaip lama xmenaip rasa lembap la plak tgn ni,,,yea aku bkn budak OM,,(Office Management) yang kononya teror bab naip menaip,,hehe

dah la yea,,malas da nak menaip,,
knowra,,,jangan lupa yea azam tahun baru kamooo...






Thursday, December 16, 2010

SEJIWA

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa
 
lagu ni aku tujukan buat seseorang..

..PeNaTnYe jAdI sUrI rUmAhTaNgGa..

assalamualaikum n holla 2 all..


ni second time aku tulis blog..dalam cuti sem ni keje aku hari2 jd suri rumah tangga sepenuh masa..hehe
di sebabkan ma aku sekarang demam.... lg la bertambah keje2 aku..
aku sorang je yang kena buat sume keje ni sebab dlm umah aku skrg ni hnya aku je pompuan..
hmmm,,nk harapkan siblings laki mmg XLA..huhu

aktiviti harian aku sekarang ni,bangun pg2 tok masak breakfast..haaa,,pg td aku msak nasi lemak + teh o..
perrghh,,mmg sedap la..(sempat lg puji diri sendiri)..hehehee

ok2..lepas masak 2 plak aku basuh baju,,guna washing machine la,,xdaya aku nk bsuh by hand.. banyak 2 baju nk kena basuh..of course la kan lepas basuh baju kena la jemur baju 2 kan...lepas aku siap jemur baju,,aku rehat la jap wat pe yg patot..klu rajin aku kemas la umah..lepas kemas umah selalunya aku tgk tv tp klu xde cite best aku on9 la..macam sekarang ni laa...huhuhu..

ok2..lepas kemas umah nk on 9,,bila dah masuk time lunch 2,,ape lg masak lg sekali..lepas ni hebat skill masak memasak aku nih..kuang4x..
da masak 2 apa lg makan la kan..lepas makan rehat..ptg2 angkat balik kain baju n lipat la sekali..
pkul 6.30ptg jgn kacau aku,,time ni aku akan focus kt tv,,tgk hero pujaan aku KAMAL ADLI..aku minat sgt dia selain dprd YUSRY KRU..

malam biasanya aku habeskan masa depan tv ngn laptop laa..klu ngntok tdow la..hehe lpas bgun tdow 2 lpas 2 wat la aktiviti macam biasa..
k that all. wsalam...
  

Sunday, December 12, 2010

12/12/10 first time wat blog..

ntah la..nape tibe2 hari ni rasa nk buat blog..maybe ni dah masa nya kowt aku memblogger plak..hahaa..
dah lama nak buat tapi hari ni baru terasa n tergerak jari jemari ni nk mencreate a blog..
so,,it the first time aku menulis di ruangan ini..hmmm,,so,,lepas ni aku akn kerap lagi menulis apa2 je yg terkeluar drpd kepala otak aku ni..
fisrt time ni.,huahua..