BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

knowra_nora

knowra_nora
;;know me first before u judge me;;

Wednesday, December 7, 2011

Ciri-Ciri Suami Pilihan

Ciri-Ciri Suami Pilihan

Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/492/1/

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.

Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Kedua: Keluarga.

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.

Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.

Tuesday, May 3, 2011

~tulun promote~haha

ni ha tibe2 dpt msg yg bertulis spt di bawah :::

Salam cik

Maap ganggu yer, sy bukan nak menggatal kat sini "), saje nak share dengan awak pasal sabun kecantikan yang isteri dn saya usahakan ni

Cleansing bar ni namanya F'AiZ Cleansing Bar..

Kalau muka yang bermasalah macam ada jerawat, jeragat,tona tak sekata dan kulit berminyak, sabun ni akan kasi:

1) Jerwat pulih dengan cepat dan kesan parut jerawat cepat hilang. Kandungan apple swiss stem cel ni cepat hasilkan tisu kulit baru utk ganti yg mana rosak, maknanya jerawat cepat baik dan parut cepat hilang. Kosmetik antarabangsa Lancome ngan Eclor pun pakai stem cel nih..

2) Jeragat pudar dan tona kulit sekata, kesan boleh dilihat dalam masa yang singkat jer, kulit muka pun nampak sihat

3) Kulit bebas minyak, sentiasa rasa segar dan bersih..wife cakap senang nak pakai mekap

Tapi, kalau kulit muka tak de masalah dan bebas jerawat, sabun ni akan kasi khasiat:

1) Ada perubahan dari segi seri wajah nampak menarik dsbbkn emas nano 24k dalam sabun ni..tapi bukan susuk yer ;p. teknologi baru dalam kosmetik, slalu org letak dalam cream jer

2) Melambatkan penuaan dan garisan pramatang dsbbkan kandungan antioksida yng tinggi dalam sabun nih, oleh itu, kulit muka memang sihat dalam persekitaran kita yang tak bape nak sihat nih

3) Lagi satu, leh gak beli kat bf ke,hubby ke, abg2 ke, yg mana ada parut jerawat tu, bf/hubby kena hensem kan "), ada customer kami, abg polis marin, kaki pancing, diaorg pakai senang ilang sunburn tu

Memang mana dah pakai memang nampak kesan baik dalam masa singkat..so far 200 ketul lebih dah jual dan tak de komplen tak best pasal sabun ni..

Awak kena try nih..kandungan nano emas tu memang clear nampak muka tu lain macam cun ")

Maap tanya, awak ada masalah kat kulit muka tak? Boleh laa cuba sabun ni utk hilangkan masalah tu.. :)..TQ

Sheila/Helmi 012-6411966
FB: Faiz Beauty product (kat sini kami kumpulkan user yang pakai sabun ni, leh add kat FB dan tengok komen2 diaorg pasal sabun ni)
Blog :  dfaiz4u.blog spot.com (kat blog kami ada testimonial bergambar, real case org yg dah pakai sabun ni..memang nampak perubahan)


p/s:

Cleansing bar ni masuk Metro jumaat 22 April 2011..lps ni masuk lagi, pengasas percaya sabun ni kasi kesan baik pada pemakai nyer.

Hal2 pasal sijil KKM dan halal tak de masalah sebab saa sendiri ada salinan dokumen tersebut.

Pada sapa yang nak jadi agen boleh jugak, kalau nak saya kasi flyers kosong dan pastu size A4 laminated colour poster utk letak mana2 kalau ada kedai ayah ke, sedara ker..sama2 meniaga. ")




p/s::: sy tulun share n promote je..saje je borim2..hehehhhhhhhh

like this sOnG!! :)

Lirik Lagu Ganas - KRU

~my brother~



Disuruh diri aku berdiri
Disuruh duduk aku pun duduk
Setia tunduk pada arah telunjuk...itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu...itu kamu
Hingga...

Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh
Baik telinga dengar saja semua perintah ku junjung
Biar hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu

Kau mahu itu aku begitu
Kau mahu ini ku pun begini
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung...itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu...itu kamu
Hingga...

Selalu sungguh hatiku mengeluh
Entah kenapa masih setia
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Mungkin kerana sayang ku tidak menentang
Gelengan pun dah menjadi angguk
Tragis oh tragis bertemankan sadis
p/s: suka bangat kru..lurve yusry kru very mmuuaahh,,hehee~

ganasnya cinta mu..

Monday, May 2, 2011

gudluck :)

Assalamualaikum guys...

Sy xtaw nk tulis ape kt blog ni..
lama btol x tgk blog ni...bersarang2 dah ni..huhu
Tp ase cam nk say something..
I want to say gudluck utk sy sendiri 4 the final exam,,

Khas buat diri sendiri..

Can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying
"you’ll never reach it"

Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with ’known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.

The struggles I’m facing.
The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking.
I may not know it but these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah.
I Just gotta keep going.
And I gotta be strong.
Just keep pushing on,
’cause,

There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.

Yeah-yeah-yea
Keep on moving,
Keep climbing,
Keep the faith,
Baby
It’s all about,
It’s all about the climb
Keep your faith,
Keep your faith
Whoa, O Whoa

P/s: kononnye lagu penguat semangat...hehe..anyway gudluck jgk tok mmber2 seperjuangan J

~cukuplah DIA~

Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.

p/s:hanyalah Dia
ref: Cinta Allah cinta abadi

Wednesday, April 27, 2011

persahabatan

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat

dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan

Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir

Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal

Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah

Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar

Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya

Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi

Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan

Yang manis itu kemesraan

Yang pahit itu perpisahan

Yang tinggal hanyalah kenangan

p/s: bersahabat lebih baik drp bercinta..ngee~~

Sunday, April 24, 2011

~~hApPy BeSdAy KnOwRa~~



~~hepy besday syg~~


Assalamualaikum semua??apa khabar??
Lamanya aku x menulis blog..hari ni tetibe terasa nk tulis blog..ngeeee
Bukan apa hari merupakan hari yang speacial buatku bg stp tahun laa..
Kalau nk di ikotkan hari ini genap aku berumur 20 ++tahun..
20+2=22..hmm rse2 da tua ke blom yea??
Kire muda lg kn..kn..kn..heeeee


Pape pown sy knowra ingin  mengucapkan selamat hari lahir buat diri sy sendiri..
Semoga sy berjaya di dunia  & of course la jgk di akhirat sana..
Sy berjnji pada diri sy sendiri spy mjd lebih matang dan jd yg terbaik buat diri sy sendiri..
Sy taw dan sedar sejak akhir2 ni diriku ini bkn macam knowra yg dulu lg..
Byk sgt perubahan dlm diri aku ni..aku taw!!!!
Tapi kenapa aku masih lg nk jd mcm 2...so knowra wake up ok..
Sy xmaw awk mcm ni ok...be urself  not org lain..
REMEMBER that ok!!!!!!!!!


..Buat tatapan semua..

~ni kek mse aku umo 19~



~ni plak mse aku umo 20~
dlm byk2 kek..kek ni yg pling aku suka..suka bangat.. :))))



mase ni umo sy 21..mse ni jgk pd 244 sy amek test muet..hehe
besday yg ni plg special sbb kwn2 smbut besday kt KFC..terharu bangat ;p


kek 22 ???
mana yea..heeeeeeee..wait n c aje laa..


p/s: selamat hari lahir jgk kt org2 yg same besday ngn aku J J J J

Wednesday, March 30, 2011

nak kete kancil!!!xmaw viva



Hari ini ada perasaan takot sedikit bercampur dengan perasaan berdebar
Entah la aku pown xtaw kenapa..huhu
Actually aku taw sebabnya,,,sebabnya ialah adalah kerana:

Hari ini saya akan mengetestkan diri utk test jpj kereta..
Takotnya dalam hati,ni sebab aku tak yakin dengan diri aku sendiri..
Masa belajar kete pown aku selalu kena  marah..
Cikgu 2 cakap aku suka buat kesalahan yang sama

Entah la,,aku ni mmg mudah cuak..yela selama ni pown mane la aku pernah pegang stereng kete..
Apatah lagi nak drive kete..huhu
Pape pown hari ini adalah hari penentuan aku..
Ini kerana kalau aku lulus test jpj jap ag bermakna aku dah dapat lesen..haha
Dan aku juga tidak lagi bangun pg2 di waktu org tgh bercuti untuk pergi ke institut manducekap 2 nk belajar kete...jelez tgk org tdow je,huhu (ish xbaik jeles knowra)

Pape pown sy berdoa semoga saya lulus ujian itu nanti..
Saya juga berdoa agar saya dapat kete kancil xmaw kete viva..
Sebab org kata kete viva susah nk bawak berbanding kancil
Buat permulaan ni kete kancil je la dlu yea...
Ni kalao tibe2 test dapat kete viva camne..

Harap2 lulus la..xmao gagal..kalao gagal habis la duit aku nk ulang!!
Xmaow2!! So,,nak xnak aku kena meluluskan diri jgk dalam test JPJ hari ni..
Chayok2 knowra,,moga berjaya!!!(poyo)

 p/s: pakcik,,makcik,,kakak,,abang,,adik JPJ xksah la laki pompuan..i nk lulus je k!!! Amin J

Wednesday, March 16, 2011

alhamdulillah,,

assalamualaikum,,,
sekian lama setelah lama tidak menulis kt blog..hehe
hari ni aku rasa mcm hepy ckit,,
actually bkn hepy ckit,,hepy byk la kowt..

nak taw kenapa,,sebab hari ni 16hb 3 2011..
aku telah berjaya wat test jpj moto..
alhamdulillah,,syukur alhamdulillah..
tapi tak rasa lega ni,,sebab test jpj utk kete xlpas lagi ni..

aku rsa xyakin utk kete ni..xtaw la nape..
sebab kete ni aku xpandai nk handle stereng..
nak kawal minyak,,cluth,,pown main hentam je..
aku berserah je nanti..
harap2 ok..

da la kowt ase malas da nk tulis..
bye,,adios ("")

p/s: doakan sy yea :)))

Friday, March 4, 2011

nape asyik kita je nak jaga hati orang!!

salam buat diriku sendiri,,

 

sedih..sedih..sedih..2 je perasaan aku sekarang ni...
xtaw la nak cite macam mana..kalau cite lebih plak ade la org terasa..
xtaw nak luah kat sape..
macam mana ni..
air mata selalu je mengalir..hati ni cepat sangat nak sensitif..
aku dah cuba tapi nak wat macam mana,,
betol la kata orang bila kita dah terlaku lama pendam gini la jadinya..
sebak je dalam dada..
nape sejak 2 menjak ni rasa cam xbest je..

knowra,,tabahkan hati yea,,
knowra,,selagi kau boleh bersabar sabar la yea,,
knowra,,jangan sedih yea,,
knowra,,jgn layan sgt perasaan 2 ok??? (yea baik)
knowra,,knowra,,knowra.......
ahh,,serabot laaa :(
knowra,,jgn macam 2 ok..hepy ok?? (yela,,i try),,
knowra,,sabar itu separuh dari iman :)))


p/s: aku rasa cam gila dah..need someone to tell what i feel right now!!!

Tuesday, February 15, 2011

..suka SANGAT dgn lagu ni..

PeLeNgKaP HiDuPkU :)

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia 

p/s: siapakah yang akan menjadi pelengkap hidupku??? !!!

~sharing is caring~

assalamualaikum,,

lama betol x memblogger ni,,hehe,,hari ni aku just nak share ni..

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah
ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....
.......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


p/s: aku amik kat fb ni,,by De' Afnan
         tertarik ngn notes ni sebab aku nak kna berdiet ni,,terasa dgn perkataan TEMBAM itu,,
         salam maulidul rasul :)))))))

Thursday, February 3, 2011

da nak balik :(

assalamualaikum wbt..


rasanya dah lama aku xbukak blog aku nih..da bersarang nampaknye..huhu
xde pape nak di ceritakan,,hanya nak bagi taw yg esok aku da nak kena balik ke shah alam,,
ase mcam sekejap je aku balik,,actually mmg sekejap pown,,3hari je,,bukan sengaja nak balik lambat dan bukan sengaja juga nak balik awal kat shah alam 2,,tapi tiket xde,,so drp xdapat balik langsung 2 baik la balik awal..boleh la juga aku guna masa 2 hari 2 nak buat assignment ke ape kan,,yg penting aku nak buat lesen...hahahahahaah,,bila nak habes ni..orang lain da lama da ade lesen,,hohohoho...


esok tiket balik kat shah alam pg,,sekarang ni aku selalu pergi dan balik seorang diri sahaja,,yelakan,,kalau dulu ada je member kelate,,xperlu risau kalau nak balik2 ni,,sekarang im the only one kelantanese in the class,,xbest langsung,,huhuhuu..nak bercakap pown terpaksa la bercakap "di luar"haha..tapi aku suka hati je kecek kelate..xpe janji diorang paham..kalau xpaham pown xpela,,hahaha..kalau xpaham tnye ye.,,:)))...


tapi aku dah pk dah,,nti nak balik kg next time aku nak pakat ngan member sekolah aku,,ade la lam 2, 3 orang leh la aku wat muka xmalu nak join diorang sx..haha..so,,xdela aku nak keseorangan bila nak balik nanti,,tapi kalau nak balik seorang diri pown aku xkisah sebab aku boleh je berdikari,,hari pown aku balik seorang jgk..dah la semua orang kat kolej da balik tgl la 2 3 kerat 2 pown bdak sabah sarawak..hmmm diorang xpela,,sbb jauh n ada member2,,


p/s : anyway balik sorang ke 2 orang ke 3 orang ke 4 orang ke,,janji enjoy!!leh balik kg jgk,, :p kan???

Sunday, January 23, 2011

Adakah Jodoh Ada Kaitan Dengan Keturunan?

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.

Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju? Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

p/s: irara dira :)