BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

knowra_nora

knowra_nora
;;know me first before u judge me;;

Sunday, January 23, 2011

Adakah Jodoh Ada Kaitan Dengan Keturunan?

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang.

Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju? Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

p/s: irara dira :)

Saturday, January 15, 2011

..hari pertama..


15 januari 2011,,bersamaan hari sabtu,,hari pertama aku mendaftarkan diri utk amik lesen motor & kereta..sebenarnya dah lama nak ambik tp xberpeluang,,ni ambik tahun ni pown bkn rancang pown,,tp ntah mcm mana la tbe2 terboleh ambik la plak..2la orang kata kita manusia mampu merancang Allah swt yang menentukan segalanya..so,,tahun 2011 ni peluang aku nak mendapatkan lesen,,aku harap semuanya berjalan dengan lancar,,moga tahun ni dapat la lesen..

umor da camni baru nak ambik lesen,,dulu xnak plak ambik,,maybe baru dapat hidayah la,,sesuai la kowt dgn nama kau,,haha..hari pertama semuanya berjalan lancar,,walaupun pg td agak ada kekalutan ckit,,pg2 da kena bangun tggu bus and then pergi ke seksyen 2,,nasib baik la aku ada kawan utk buat teman aku,,sama2 amik lesen,,afie namanya,,hehe..bila dah sampai kat seksyen 2,,kami di bawa la ke institut memandu itu,,yg dinamakan INSTITUT MANDUCEKAP HI-TECH SDN BHD location nya di xingat,,huahua..xsangka la plak org india yg jaga tempat ni,,patot la ejaan dia manducekap,,bknnya pandu cekap..huhuhu

first aku aku jangka,,aku akan mengantok la dlm clas 2,,yela dgr ceramah..so,,dgn bangganya aku bawak la 1 plastik gula2 n ada la biskut ckit mana la taw lapar,,leh la makan,,hehe.tp ternyata xdela ngantok,,org yg bg ceramah 2 pandai wat lawak,,letih jgk la aku gelak2,,haha,,da la di apit oleh bdak2 sabah,,xpaham aku ape yg diorang cakap,,
pape pown hari ni xla memboringkan sgt,,so lpas ni aku kena kuatkan semangat la utk mendapatkan lesen memandu dan sekali gus dapat memenuhi salah 1 azam tahun 2011,,insyaAllah :) amin

p/s: chayok knowra u can do it.. (",) ..

..terharu aku:))


assalamualikum wbt..

sbnarnya xde pape nak cite pown just nak bgtaw first time ada owg suka baca blog aku..huahua..
sbnarnya tujuan aku menulis blog ni just utk diri aku je,,bkn nk share dgn sape2 pown,,tp kalau org nak baca go on je,,aku xksah pown..hihihihi..

aku xde la nak hebah2kan pasal blog aku ni,,ni hanyalah luahan kecil hati aku..saje nak luah melalui blog tentang suka duka hidup aku,,bila aku heppy,,sedih,,bila boring,,yela,,kita sbg manusia xla perfect pown,,mst ada time kita berduka cita,,so melalui blog ni aku aku cite la serba sedikit al-kisah aku,,just utk kenangan diri ini..

melalui blog ni jgk laa,,aku dpt luahkan perasaan aku,,bila xbleh nk share ngn kawan2,,aku ni plak bkn jenis yg suka bercerita semua hal peribadi kat owg,,aku suka pendam,,2la org kata xelok pendam perasaan so melalui penulisan blog ni aku dapat meluahkan perasaan aku nie,,xkisah la org baca ke x,,aku xkisah janji aku dapat  luah kan apa yg aku rasa...

p/s :: thank u :))) to you..

Tuesday, January 4, 2011

FIRST class!!


hari ini 4 januari 2011,,merupakan kelas pertama bagi sesi semestar jan-mei 2011..
kelas pertama yang aku pergi hari ni...kelas pertama bernama "principle and practise of marketing (MKT420)..tak tahu la nak cakap macam mana perasaan ni,,xde rasa exited pon..tapi lecterur 2 ok laa..xla garang..pape pown aku akan mulakan sesi semester ni dgn semangat yang baru..

xnak dah gagal lagi,,nak belajar bersungguh2,,semoga Allah swt dapat la membantu aku..amin =) banyak dugaan yg aku harus tempuhi di hari2 mendatang..aku nak lalui dengan tenang,,walaupun dalam hati rasa macam xyakin,,tapi aku nak yakinkan diri aku bahawa kau boleh melakukannya..

p/s: wish me luck :)))

azam tahun baru :)

tahun 2011 telah menjelma..setiap orang pasti menyimpan azam masing2,,begitu juga dengan diri aku..

azam aku tahun nie::
memandangkan ni tahun 2011,,aku ada 11 azam..huhu :)))

1) nak belajar bersungguh-sungguh
2) xnak sia2 kan peluang tahun 2011
3) xnak gagal lagi macam tahun 2010
4) nak kurus,,nak kurangkan lagi 5kg lemak dalam badan
5) xnak tinggal solat
6) nak jadi anak yg mithali
7) nak jadi lebih baik drp tahun2 lepas
8) nak ada lesen moto & kete (kalau ada dulebih
9) xnak boros nka jimat cermat..
10) xnak prasangka buruk terhadap orang
11) lastly nak ada pakwe leh x..huhu :))))))


p/s::kalau tercapai separuh pown jd laa..(",)....